Saturday, February 14, 2009

"Sirih pulang ke Gagang"

KENAL DIRI

Jalan membina kepercayaan harus terbina di atas usaha manusia mengenal diri. Itulah asasnya agama kita mengajar:

arafanafsah.jpg
“Barangsiapa yang kenal akan dirinya, maka kenallah dia akan Tuhannya” [sila rujuk komen ke-13 di bawah untuk keterangan mengenai qaul ini]

Kenal Tuhan melalui jalan Kenal Diri…

Itulah kuncinya untuk manusia kembali menjalin hubungan dengan Tuhan. Iaitu hasil keupayaan mengenal diri. Soalnya ialah, apakah aspek diri yang mahu dicari?

Manusia yang meneroka diri, akan bertemu dengan dua realiti. Setiap insan, mempunyai kekuatan dan kelemahan. Kekuatan dan kelemahan inilah yang mesti dikenal pasti, untuk manusia meneroka dan mengenal diri.

Manusia yang sedar bahawa hidupnya harus berperanan akan memaksa diri untuk mencari potensi. Semuanya atas keyakinan bahawa tiada manusia yang lahir dengan asal kebodohan, sebaliknya setiap insan lahir dengan kepandaian-kepandaian yang berbeza.

Apa yang membodohkan seorang manusia adalah segala yang ada di sekitarnya. Mungkin ibu bapa, malah mungkin juga guru dan sekolah itu sendiri. Sekolah tidak sepatutnya melahirkan pelajar yang pandai dan bodoh. Sebaliknya sekolah harus melahirkan pelajar yang berbeza-beza kepandaian. Tugas sistem pendidikan adalah untuk meneroka potensi kelebihan setiap pelajar, bukan mengasingkan pelajar yang tidak mengikut bentuk kepandaian yang diselaraskan.

Tetapi manusia tidak akan dapat mengenal pasti kelebihan diri jika dia hidup ala kadar. Kerja ala kadar. Berfikir ala kadar.

“Buat kerja betul, betul-betul!”, kata bijak pandai.

Mengusahakan sesuatu secara bersungguh-sungguh akan mempercepatkan manusia menggunakan segala kekuatan dan kelebihan diri. Setelah segala kekuatan diri dikenal pasti, bertemulah dia dengan batasan dan kelemahan diri.

Itulah jalan saintis bertemu Tuhan. Baginya sains bukan sekadar penerokaan peluang, tetapi akuran terhadap batasan mutlak di kiri dan kanan. Batasan itu bukan berpunca dari alam yang kelihatan, tetapi dari diri yang terlalu kerdil untuk menggarapnya.

Itulah akibatnya meneroka angkasa lepas, bahawa manusia dan Sains, terlalu kerdil untuk menawarkan jawapan kepada persoalan alam. Kebanyakan yang kita fahami tentang angkasa, adalah tafsiran data dan jauh dari kesan pengalaman. Data yang membuktikan kesempurnaan sistem alam, dan kelemahan penghuninya yang bernama manusia.

Saintis menjadi manusia yang lemah dan terbatas, di hadapan kesempurnaan sistem yang dibuktikan, kesempurnaan Tuhan.

Seminar Fiqh Solat

Pada hari Sabtu ,21 Feb 2009 I Allah akan diadakan program seminar fiqh Solat.Maklumat seperti berikut:

Venue :Lecture Hall 1
Tarikh :21 Feb 2009
Speaker :Ustaz Ariff Nazri

Sama2lah kita semua dijemput hadir.I Allah bermanfaat..

Saturday, January 24, 2009

Tegas Berakidah, Luas Dalam Fekah

Selama hampir dua minggu saya mengembara dari London ke Osnabruck, kemudian ke Berlin dan seterus ke Republik Czeck. Di setiap tempat saya disambut dengan mesra dan meriah sekali oleh para pelajar Malaysia.

Walaupun kebanyakan mereka belum pernah bertemu saya, tetapi banyak pandangan saya; samada dalam bentuk ucapan atau tulisan, kebanyakan mereka telah pun menelaahnya. Alhamdulillah.

Itulah kebaikan dunia internet jika kita manfaatkan. Walaupun sebahagian mereka berada di luar negara sejak saya belum menjadi mufti, dan setelah saya berhenti pun mereke belum balik lagi, namun mereka tahu perkembangan Malaysia.

Dalam tempoh dua tahun saya menjadi mufti nampaknya pandangan-pandangan yang dilontarkan –alhamdulillah- telah diekspot dengan mewahnya ke sana. Setiap tempat yang saya sampai, saya memberikan ucapan dan membuat sessi soal jawab.

Dunia hari ini begitu pantas maklumatnya, di mana sahaja saya berhenti, akan ada rakyat Malaysia yang tahu dan menunggu saya di berbagai stesyen. Mereka menjemput saya ke berbagai program yang dianjurkan dan boleh dikatakan setiap warga Malaysia di kawasan berkenaan akan hadir. Alhamdulillah.

Memberikan ucapan kepada para pelajar yang terpilih dan bijak amatlah selesa dan senang. Mereka memiliki kecerdasan minda dan ketajaman untuk berhujah. Apabila mereka merasai pandangan yang kita lontarkan itu berteraskan alasan yang meyakinkan, dengan mudah mereka bersetuju. Atau jika mereka tidak bersetuju, mereka akan bersoal jawab dan mendatangkan alasan-alasan mereka.

Saya sering mengingatkan pembaca, demikian saya ingatkan mereka bahawa Islam sama sekali tidak dapat menerima pegangan agama yang dibuat atas ikut-ikutan tanpa memahami dalil atau alasan. Tiada takliq buta dalam Islam ini. Tiada dalam Islam senjata beracun yang pernah digunakan oleh sesetengah golongan yang memakai lebel agama iaitu ‘barang siapa yang banyak bertanya, maka lemahlah imannya’.

Jika manusia bijak seperti mereka yang mempelajari bidang-bidang yang sukar seperti perubatan tidak dibekalkan dengan kekuatan kefahaman yang berteraskan fakta dan dalil, siapa lagi yang hendak kita harapkan menjadi benteng Islam di zaman kini.

Dr Zakir Naik umpamanya, dia seorang saintis yang menyumbang kepada penyebaran Islam dengan hujah-hujah saintifik dan pemikiran yang tajam. Kebijaksanaannya telah digunakan untuk menyampaikan Islam.‘Peace TV’ telah dijadikan saluran media membolehkan manusia memahami Islam yang canggih dan mengatasi zaman.

Lihatlah, ketika sesetengah mereka yang bergelar ‘ustaz’ menggambarkan Islam sebagai agama yang dipenuhi dengan unsur Israiliyyat, hadis palsu, jampi itu dan ini, cerita-cerita lucu kewalian, upah pahala sebagai bisnes dan berbagai pencemaran yang lain, golongan professional muslim yang mendapat disiplin ilmu perubatan, kejuteraan, pembinaan dan berbagai lagi tampil menjelaskan Islam yang sebenar. Islam yang mereka fahami dari sumber yang betul tanpa sebarang kepentingan kebendaan.

Ini mengingat kepada Nabi Sulaiman a.s apabila beliau mendengar ucapan semut betina. Firman Allah: (maksudnya)
“Hingga apabila mereka sampai ke “Waadin-Naml” (lembah semut), berkatalah seekor semut betina: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak kamu, sedangkan mereka tidak menyedari. Maka tersenyumlah Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berkata (berdoa):” Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amalan soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”. (Surah al-Naml: 18-19)

Demikian, pengetahuan tentang alam membawa insan mendekatkan diri kepada Allah dan bersyukur kepadaNya.

Di sana, saya dalam banyak ucapan menceritakan kepada mereka tentang dua perkara yang penting. Pertama, kejelasan dan ketegasan Islam dalam perkara-perkara akidah. Kedua; keluasan dan kemudahan yang diperuntukkan oleh Islam dalam soal fekah.

Perkara ini perlu dijelaskan kerana dalam kalangan umat Islam, termasuk di Malaysia ada yang begitu longgar dalam akidah tapi begitu sempit dalam perkara fekah. Maka kita tidak hairan jika menemui di Malaysia mereka yang berserban atau berkopiah dan begitu takut untuk terkeluar dari mazhab fekah kebiasaannya, namun dalam masa yang sama dia masih percaya kuat kepada bomoh, atau gurunya dianggap ajaib, atau masih percaya tangkal itu dan ini.

Saya pernah melihat kumpulan yang berjubah dan berserban sakan, namun pergi memohon hajat di kubur Pulau Besar Melaka. Pengaruh tarekat yang berlebihan, atau kesufian yang melampau sering menjadikan sesetengah pihak gagal untuk membezakan antara batasan iman dan syirik.

Guru, atau bomoh sering diangkat melebihi kadar yang patut. Walaupun dalam masa yang sama, kita lihat mereka ini begitu menjaga sesetengah amalan fekah, sehingga kelihatan sempit dan beku. Maka tidak pelik di negara kita jika ada imam masjid yang masih kuat pegang dengan bomoh, atau terikut dengan tarikat yang bukan-bukan.

Sepatutnya, dalam isu akidah seseorang hendaklah sensitif dan selalu takut akan segala unsur syirik. Sementara dalam soal fekah, ada keluasan yang diberikan oleh syarak yang boleh kita amalkan, namun ramai orang masih takut dengannya.

Umpamanya, di sebelah Eropah ini, pada musim sejuk seperti sekarang, waktu siang agak singkat. Waktu solat mereka berkejaran dengan waktu kelas atau peperiksaan. Sebenarnya, dalam hal yang seperti ini, mereka boleh mengamalkan solat jamak, tanpa qasar. Sekalipun jika mereka menganggap diri mereka sudah tidak bermusafir, mereka tetap mempunyai peruntukan untuk menjamakkan solat tanpa qasar.

Jamak bermaksud menghimpun dua solat dalam satu waktu, samada pada waktu pertama, atau kedua. Ini bagi solat zohor dan asar, atau maghrib dan isyak. Maka boleh dihimpunkan solat zohor dalam waktu asar, atau sebaliknya. Demikian maghrib dan isyak. Adapun qasar, iaitu memendekkan solat empat kepada dua rakaat, maka ia dikhususkan untuk mereka yang bermusafir. Sementara jamak, boleh untuk dilakukan oleh mereka yang sakit, ketakutan, terlalu sibuk, hujan, terlalu sejuk, musafir dan segala kesusahan yang lain.

Dalam hadis Muslim, daripada Sa’id bin Jubair meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas, katanya: “Rasulullah s.a.w bersolat Zuhur dan ‘Asar secara jamak di Madinah tanpa sebab ketakutan atau musafir”. Kata Abu Zubair:“Aku bertanya Sa’id mengapa Rasulullah s.a.w berbuat demikian?”. Jawabnya: “Aku pun pernah bertanya Ibn ‘Abbas seperti mana engkau bertanyaku, jawab Ibn ‘Abbas: “Kerana baginda mahu agar umatnya tidak beban”.
Maka bagi yang kesuntukan masa, seperti pelajar, atau doktor bedah, atau ahli parlimen, atau polis yang bertugas menjaga lalu lintas, atau mereka menjaga jentera yang sukar untuk ditinggalkan, maka peruntukan jamak ada dalam hadis ini untuk mereka. Namun malangnya di Malaysia, ada yang sanggup meninggalkan solat apabila masuk hospital atas alasan sukar untuk solat.

Apa tidaknya, fekah yang diajar diajar begitu sukar kerana ditokok tambah berbagai hukum lain yang memayahkan. sehingga disuruh sesiapa yang sakit tidak mampu berwuduk sepenuhnya untuk wuduk separuh dan bertayamum sebakinya. Orang sihat pun hanya berwuduk, tiba-tiba yang sakit disuruh wuduk dan tayamum.

Para pelajar di sini mempunyai masalah kerana anjing begitu banyak. Ramai yang membawa anjingnya ke sana sini. Jalan menjadi kotor dengan najis anjing yang berselerakan. Berselisih dan bersentuh dengan anjing bukan perkara luar biasa. Demikian juga dengan daging babi yang amat digemari oleh ‘orang puteh’. Kefahaman fekah tempatan kita menjadikan sesetengah pelajar kita begitu gusar dalam masalah ini.

Saya telah memberikan beberapa jawaban untuk mereka menceritakan kepelbagaian pandangan sarjana Islam berhubung dengan nilai najis kedua haiwan berkenaan dan bagaimana kita dapat mengambil manfaat dari keluasan fekah Islam dalam hal-hal tersebut. Apa yang penting mereka perlu tegas dalam akidah dan ambil kemudahan fekah yang diberikan syarak.

oleh: dr mohd asri b zainul abidin
sumber: www.utusan.com.my or http://drmaza.com

Wednesday, December 31, 2008

Qunut Nazilah

Serangan Israel laknatullah sekarang masih berterusan..Jumlah penduduk Palestin yg terbunuh semakin bertambah.israel yg menganggap ini sebagai Holocaust yg kedua,hak mereka untuk membalas peristiwa Holocaust terhadap mereka yg dilakukan Nazi ..
Dunia Islam masih membisu.Mesir,jiran terdekat Palestin masih keberatan membuka pintu sempadan kepada rakyat palestin. Syria, Jordan dan byk lg negara arab masih membisu.

Jadi marilah kita sama2 berdoa kpd Allah untuk menyelamatkan rakyat Israel.Qunut Nazilah sewajarnya dibaca setiap kali solat Fardhu, walaupun ia hanya doa biasa sekalipun, sekurang-kurangnya jemaah dapat menghayati tujuan qunut tersebut-Menyelamatkan dan membantu saudara seagama kita di palestin dan menghancurkan Israel Laknatullah!
ALLAHUAKBAR!

Sunday, December 28, 2008

palestin

Palestin,
Di manakah kita?

Baru2 ini Gaza dibom oleh tentera Israel laknatullah sehingga menyebabkan 300 lebih(yg dilaporkan shj,)orang Islam Palestin tekorban.Jd sebagai saudara seagama yg memegang satu aqidah yg sama, di manakah bantuan kita?
jd sama2 kita berdoa kepada Allah di setiap selepas solat dan waktu supaya Allah menghancurkan Israel dan musuh2 Islam yg lain.I Allah
ALAHUAKBAR!

Monday, December 22, 2008

Hijrah sebagai Titik Permulaan

Hijrah sebagai Titik Permulaan

By Faiz@paktongko

“Man, hang tak berhijrah ka tahun ni,”

“Mak Mah tak cuba nak try berubah ke,sesuailah dgn maal hijrah ni”

Saya menquotekan perkataan yg selalu keluar dari mulut bicara orang2 kita sekarang ni apabila tibanya awal Muharram.Bukan ini saja yg selalu diucapkan, tapi berbagai-bagai lagi yg ada diluar sana bersama-sama masyarakat kita hari ni.Pelbagai bahasa, cara, nada dan expresi muka.Tapi,adakah kita semua tahu makna sebenar hijrah.Bercakap tentang makna,saya rasa ramai yg sudah tahu..ya, ia membawa maksud perpinadahan..bak kata org putih,”transfer” atau “convert”(English peers quote).Secara bahasa, hijrah itu perpindahan Rasulullah dan para sahabatnya dr Mekah ke Madinah.Teknikal, bergantung dan amat2 subjektif.Tapi,apa yg selalu kita dengar adalah perpindahan dr perkara yg tidak baik menjadi lebih baik.

Bersempena Maal Hijrah ini,amat sesuai untuk kita semua memulakan penghijrahan kita.Sebenarnya tidak semestinya untuk berubah pd awal Muharram ini,setiap detik kita harus berubah untuk menjadi lebih baik.Hari ini lebih baik daripada kelmarin,Esok lebih baik dari hari ini dan seterusnya.Tapi tak salah untuk kita menggunakan Awal Muharram ini sebagai satu wasilah atau pengantaraan untuk berubah.Kalau dgn cara itu kita akan jd lebih baik,bertakwa dan beriman,takda masalah untuk berubah bersempena maal Hijrah.(Ia berbeza dgn konsep Bidaah yg kita biasa dengar).Sekurang-kurangya lebih baik dari mengambil tahun Masihi untuk berubah,contohnya azam tahun 2009 dan seterusnya.Hari ini kita tidak pernah dengar jualan “awal muaharam”,atau jualan murah “Hijrah” .Yg kita selalu dengar,jualan awal 2007,2008.Extravaganza pulak tu!Bukanla saya nak cakap Islam itu memntingkan material,api sy bercakap tentang stigma masyarakat terhadap perkara ini.Islam dilihat sebagai option shj.Kalau takda penghayatan Islam pun tidak ada apa2.Penafian demi penafian kita selalu dengar,”I think Islam is not practical,” “Islam tu ketinggalan zaman la,buat ini pun salah,buat itu pun salah,last2 semua masuk neraka”,dan bermacam-macam lg.Apa yg menyedihkan lagi apabila org yg melafazkannya itu seorang yg membawa title “Muslim”.Bukan Ramasamy,Kandasamy or Ah Chong.Even mereka ini pun ada sesetenganya, memuji Islam.

Berbalik kpd Hijrah,kita boleh berhijrah kalau melakukan perkara2 di atas ini.Sy bg contoh ini bukan saja2,tp sebab byk org yg kononya “educated” dan mendakwa “graduan” Universiti sering terleka buat benda2 mcm ni.Saya tak kata semua, mgkin hanya segelintir atau bahkan takda langsung. Tapi sebagai satu peringatan dr seorang muslim kpd seorang muslim.Jikalau sebelum ini kita sering meninggalkan solat,apa salahnya kalu kita berhijrah.Jika sebelum ini kita sering mendedahkan aurat,apa salahnya kita berhijrah.Jika sebelum ini kita malas study,apa salhnya kita rajin study skit.Pendek kata, kita berubah dr tidak baik menjadi lebih baik.Apatah lg kalau dalam agama..Alhamdulillah sgt2.Ganjarannya, hnya Allah yg tahu.contohnya sehari kita baca 1 muka surat Quran,nak tambah 2 or 3.atau kita nak melabuhkan sikit tudung yg kita pakai.amat2 berharga.I Allah.Jd sekali lg diucapkan Salam Maal Hijrah.Moga-moga tahun baru 1430H ini kita akan menjadi lebih baik,lebih Salih dan bertakwa.Mgkin juga exam2 dalam blok ni kita nak dpat “Distinction”, tak jd masalah.I Allah,benda yg baik ,Allah akn tunjuk jalnnya.Kita BERUSAHA,BERDOA, dan BERTAWAKKAL.

Salam MAAL HIJRAH 1430.”Kullu A’m wa Antum Bil-khair”

Apa2 ketidakpuasan,feedback or nak dalil rujuk kepada FaizFauad@paktongko.

Email:dnt_msc@yahoo.com atau

faizpaktongko@yahoo.com